aishiteiru kara

Wednesday, November 15, 2006

ARGHHH!!

it hurts when you fall into someone
it even hurts when he's so much nearer, yet so far
it hurts you most when you know that he'll never ever be yours

SO, PLEASE DON'T COME ANY MORE CLOSER..
COZ IT HURTS...

Tuesday, November 07, 2006

Babysitter


Last Saturday, aku pergi melepak dengan my two best friends, Dila & Zura. Seronok! Dah lama betul tak jumpa diorang. Aisyah, anak Dila pun dah besar. Penat juga melayan budak kenit yang keletah ni. Hehe.. Malam tu, tidur kat Hotel D'Zura. Siap dinner & lunch provided tu. Makasih ya Zura. Bila2 nanti . boleh la masakkan mi bandung lagi.. Yummy!!

This weekend nak balik kampung. Semenjak abah & mak tak sihat sangat ni, kalau ada peluang, memang aku akan cabut balik Kulai. Makin kaya lah tokei Transnasional tu. :p

Tak sabar rasa nak jumpa budak kecik dua orang kat kampung. Adik aku Nabilah & anak buah aku Ammar. Si Nabilah ni mind dia macam orang tua. Kadang2 aku pun tak terjawab soalan genius dia tu. Walaupun mula2 dulu dia jeles bila tengok semua orang sayangkan Ammar, maklum lah anak bongsu, tapi sekarang, dia lah yang paling ambil berat kat anak sedara aku sorang tu. Yang si Ammar ni, memang tak larat jaga dia. Brutal semacam. Sakit2 jugalah badan aku ni bila jaga dia. Kereta mainan yang mak dia belikan pun boleh tercabut seat Ammar kerjakan.. Fuhhh, berpoluh beb. Ni gambar masa raya ari tu.

Thursday, November 02, 2006

Catatan Budak Kampung I

Entah mengapa semenjak pulang dari cuti raya ni, kenangan masa kecil dulu semakin kerap mengetuk pintu memori ku. Seronoknya berpuasa di kampung. Bila petang, mak akan sibuk menyediakan juadah berbuka. Aku dan adik pula sibuk menghantar kuih-muih air tangan mak ke rumah jiran-jiran. Dengan harapan , ada balasannya. :p Bila malam, sudah ada aktiviti lain menunggu. Main bunga api!! Hmm .. Memang meriah.

Tiba hari raya, kamilah yang paling seronok. Lumba siapa dapat duit raya yang paling banyak. Sanggup berpanas dan berhujan pergi beraya , semata-mata nak kumpul duit raya. Yang paling kelakar, sementelah beza umur aku dan adik cuma 2 tahun, macam biasa , adalah pasangan boria di pagi raya. Tapi, itu masa kecil je. Bila dah besar , menangis-nangis taknak mak belikan baju serupa. Hehehe.

Semakin ku imbau kenangan dulu, semakin ku sedar emak dan abah makin tua. Kalau dulu, mak sibuk buat kuih untuk raya, sekarang dah tak larat lagi. Semua aku dan adik yang beli. (Erk.. Nak buat sendiri tak jadi. )
Kesian mak. Abah pula sibuk mengecat rumah atau pasang pelita likur. Sekarang pun abah dah tak larat nak buat semua tu. Kesian abah. Doaku setiap kali lepas solat, agar mereka sihat selalu dan dipanjangkan usia. Amiin.

Tup tap , tup tap, dah enam tahun aku menjadi perantau di hutan batu ni. Makin lama makin menyesakkan. Rindunya aku pada hijau pokok kelapa, pada kokok ayam dini hari, pada nyamannya udara pagi di desa.
Tapi, seharusnya aku masih perlu lagi berterima kasih pada kota ini, budak kecil hingusan dulu, kini sudah kuat dan boleh berdiri sendiri. Sekurang-kurangnya , dapat juga aku mencurah bakti kepada emak dan abah. Walau tak mungkin terbalas jasa mereka padaku selama ini.

Percayalah, 'merempatnya' aku di sini, bukan untuk selamanya. Itu yang ku pasti. :)

Sedikit luahan rasa dariku.

RINDU

Di ruang waktu ini
Entah mengapa aku rasa semakin jauh
Dan meminggir pergi
Dari bayangan silam yang indah
Namun bila terbetik rindu
Yang kejab tersimpan rapi
Aku mulai mengerti
Bahawa aku ini
Tetap sang camar
Terbang jauh tapi pasti kembali