aishiteiru kara

Thursday, November 02, 2006

Catatan Budak Kampung I

Entah mengapa semenjak pulang dari cuti raya ni, kenangan masa kecil dulu semakin kerap mengetuk pintu memori ku. Seronoknya berpuasa di kampung. Bila petang, mak akan sibuk menyediakan juadah berbuka. Aku dan adik pula sibuk menghantar kuih-muih air tangan mak ke rumah jiran-jiran. Dengan harapan , ada balasannya. :p Bila malam, sudah ada aktiviti lain menunggu. Main bunga api!! Hmm .. Memang meriah.

Tiba hari raya, kamilah yang paling seronok. Lumba siapa dapat duit raya yang paling banyak. Sanggup berpanas dan berhujan pergi beraya , semata-mata nak kumpul duit raya. Yang paling kelakar, sementelah beza umur aku dan adik cuma 2 tahun, macam biasa , adalah pasangan boria di pagi raya. Tapi, itu masa kecil je. Bila dah besar , menangis-nangis taknak mak belikan baju serupa. Hehehe.

Semakin ku imbau kenangan dulu, semakin ku sedar emak dan abah makin tua. Kalau dulu, mak sibuk buat kuih untuk raya, sekarang dah tak larat lagi. Semua aku dan adik yang beli. (Erk.. Nak buat sendiri tak jadi. )
Kesian mak. Abah pula sibuk mengecat rumah atau pasang pelita likur. Sekarang pun abah dah tak larat nak buat semua tu. Kesian abah. Doaku setiap kali lepas solat, agar mereka sihat selalu dan dipanjangkan usia. Amiin.

Tup tap , tup tap, dah enam tahun aku menjadi perantau di hutan batu ni. Makin lama makin menyesakkan. Rindunya aku pada hijau pokok kelapa, pada kokok ayam dini hari, pada nyamannya udara pagi di desa.
Tapi, seharusnya aku masih perlu lagi berterima kasih pada kota ini, budak kecil hingusan dulu, kini sudah kuat dan boleh berdiri sendiri. Sekurang-kurangnya , dapat juga aku mencurah bakti kepada emak dan abah. Walau tak mungkin terbalas jasa mereka padaku selama ini.

Percayalah, 'merempatnya' aku di sini, bukan untuk selamanya. Itu yang ku pasti. :)

Sedikit luahan rasa dariku.

RINDU

Di ruang waktu ini
Entah mengapa aku rasa semakin jauh
Dan meminggir pergi
Dari bayangan silam yang indah
Namun bila terbetik rindu
Yang kejab tersimpan rapi
Aku mulai mengerti
Bahawa aku ini
Tetap sang camar
Terbang jauh tapi pasti kembali

4 Comments:

  • itulah sebuah kehidupan kita di dunia ini.. yg kecik akan membesar.. yg muda akan menjadi tua.. tp kenangan waktu kecik tetap terpahat dan tetap utuh di hati kita kan..

    satu hari nanti kita jua akan merasai semua tu.. mahu atau tidak.. umur akan bertambah dari hari ke hari.. yg penting kita sentiasa menyedarinya & bersedia utk menghadapi apa saja kemungkinan..

    By Blogger cahaya petunjuk, At 1:25 PM  

  • waahh...puitisnya kata2 kalian...macam baca novel plak...

    By Blogger Munajah Cinta, At 4:01 PM  

  • har.. har.. har.. bila baca balik rasa cam kelakar lak tulis cenggitu ;-))

    By Blogger cahaya petunjuk, At 11:00 PM  

  • betul tuh... bile tengok mak ayah kite.. rsa sayu jer...
    masa nak blk dr raya hari tuh dah salam.. cium2.. lps tuh siap salam dan cium lg...
    samapai mami ckp "eh td kan dah cium".....he..he.. senyum jer lah...betul tuh lin... tak terbls jasa mereka kan....
    ayah ko mcm mana? dah lama tak jumpa ayah ngan mk ko...
    nanti kim slam yek...

    By Blogger Dila, At 1:22 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home