aishiteiru kara

Friday, January 11, 2008

MAAL HIJRAH

HAPPY NEW YEAR!!! 1429H. ARGGHH... For the past few days before 1 Muharram, I felt butterfly in my stomach . Don’t know why. I hope this new year will bring a much better brand new ME. Trust me, it is hard when you wanna change your lifestyle to that ‘one life style’. But, I must try. What a pity if at this age, I still craving for all sorts of entertainment.

So, I have come up with 20 list of resolutions! That’s a good start. But it ought to have a good end too.

Lets pray to ALLAH that we will alwiz be in His guidance. He will alwiz be our Guardian. He is the Lord and Lover. Please have a mercy on all our wrong deeds in all the past years.

Sunday, November 18, 2007

Sihat sebelum sakit

Semalam pagi dapat SMS dari pakcik Akhil:

ASKUM. MCIK BARU KELUAR HOSPITAL. BEDAH LIDAH KANSER.

Terkejut aku menatap SMS tu. Pakcik Akhil ni adalah mahram aku semasa ke Makkah hari tu. Isterinya , makcik Harisah lah yang banyak menunjuk ajar kami sepanjang di sana. Kalau dilihat dari luaran, memang makcik Harisah nampak sihat. Tak nampak pun tanda ada menghidap kanser.

Walaupun semalam aku sudah menghubungi makcik bertanya khabar, rasa tak sedap pula kalau tak menziarahi . Sementelah rumahku pun tak jauh dari rumah makcik. So, pagi tadi, aku dengan K za pun tawafla dekat Taman Melawati tu, mencari rumah mereka. Memang ketara pakcik dan makcik seronok melihatkan kedatangan kami. Satu perkara yang aku cukup kagum, makcik kelihatan ceria . Tak langsung mengeluh akan nasibnya. Alhamdulillah, kanser tu masih peringkat awal. Doktor sudah pun membuang bahagian lidah yang ada sel kanser. Menurut makcik, chemo pun doktor kata tak perlu. Cuma radioteraphy aje.. Alhamdululillah..

Aku hanya mampu berdoa moga sel kanser tu tak merebak ke bahagian lain pula.. AMIIIN..

Monday, November 12, 2007

Buat ingatan

Tuhanku, sungguh ganjil ,
bagaimana bisa sekian lama,
aku tergiur oleh yang bukan Engkau


--- Emha Ainun Nadjib -------------

TUNGGU TEDUH DULU

Rabu lepas, aku dapat hadiah yang dihadiahkan oleh diri sendiri.. Hehe.. 2 buah novel yang aku order dari ujana ilmu.. Effisien juga depa ni. Dalam 3 hari , dah sampai parcel aku.. Aku suka website ni. Senang nak dapatkan buku yang susah nak cari kat kedai buku biasa. Even A Samad Said dan Abdullah Hussain pun jual buku kat sini..

Aku order 2 novel Faisal Tehrani, 'Tunggu Teduh Dulu' dan ' Tuhan Manusia' . He is really my idol in literature.. Never let me down... Ayat -ayat dia bukan ayat biasa. Penuh falsafah dan maksud tersirat.. Sukaaaaaaaaaaaaaa!!!!

So, bertapalah aku sepanjang weekend ari tu, menghabiskan baca novel Tunggu Teduh Dulu.. Somehow, it touches my heart.. Allah yang menentukan kuat atau tidaknya iman seseorang... Kat bawah ni excerpt of the novel.. You can judge by yourself..

Penderitaan adalah kerana keinginan dan pemilikan
Ia muncul kerana ada kelekatan atau 'attachment'
Terlalu bergantung hingga lupa pergantungan yang lain

Yang ini pula Catatan dari Ibnu Qayyum

Segala Peristiwa berawal dari pandangan mata
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang melesat dari tali
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
Dia tidak lepas dari bahaya yang menghadang
Senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali

Tuesday, November 06, 2007

AM I READY??


Assalamualaikum..


I've come across one beautiful poem, written by a man who died of heart cancer. Although, it's already end of Syawal , I do think this poem of Ramadhan still relevant enough. When you know that you dont have much time, what will you do?? Looking on the brighter side, he was actually the lucky one. Knowing Izrail going to knock the door soon, he can spend all his time to repent and be much more better Muslim. Allah is the Most Merciful....


ANDAI INI YANG TERAKHIR


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya sibuk berzikir
Tentu tak akan jemu
Melagukan syair rindu
Mendayu.. merayu… kepada-Nya
Tuhan yang satu

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan sungguh khusyuk
Lagi tawadhuk
Tubuh dan qalbu bersatu
Memperhambakan diri
Menghadap Rabbul Jalil
Menangisi kekurangan janji
“innassolati wanusuki wamahyaya wamati lillahi rabbil a’lamin”
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku,
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kusiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al Quran bakal kau dendang
Bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih, berqiamullail, bertahajjud
Mengadu… merintih… meminta belas kasih
“Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
tapi ku tidak sanggup untuk ke neraka-Mu”

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu diriku takkan melupakan yang tersayang
Mari kita meriahkan ramadhan
Kita buru, kita cari..
Suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri , rohani dan jasmani
Menantikan jemputan Izrail
Di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti
Paling berseri
Menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju ridha
Serta kasih sayangmu Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman
Takkan ada manusia yang mengetahui
Apakah Ramadhan ini yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha… bersedia..
Meminta belas-Nya

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat aku
Maafkan semua kesalahan dan kesilapan
Yang pernah aku lakukan
“Marhaban Ya Ramadhan”


Nukilan: Allahyarham Abd Bar b Mohd Halid


Al Fatihah buat beliau


Monday, October 29, 2007

MH094 KL-Taipei-LA (Buat A.H.S)


Dari mata cinta ini hadir
Segalanya ku rasa begitu pasti
Hadirmu di sisi melenyap dukaku
Bagaikan embun membasahi hati

Dua hari satu malam
Ku dambakan kau milikku
Cinta ini bukan paksaan
Bibir menguntum senyum
Dan hati berbicara
Tak betah sendiri lagi

Ingin ku dakapmu erat
Dan takkan ku lepas pergi
Ku tahu kau jua punya rasa itu

Dalam tidur ku berlari mengejar dirimu
Hanya bayangmu yang menjelma
Dan lari tiba-tiba
Rindu ini tak tertahan lagi
Hati ini meronta
Walau beribu batu akan ku jejaki dikau di sana

Ya Rabbi
Mengapa cinta ini hadir
Tatkala pintu hatiku hampir ku kunci kejab rapi
Mengapa ia hadir
Hanya sedetik cuma
Dan biarkan aku lemas sendiri

Cinta ini tak semestinya bersatu
Aku tahu itu
Kerana kau dekat di hatiku
Namun terlalu jauh untuk ku gapai

Maafkan aku
Tinggalkan kenangan itu
kerna kau masih lagi miliknya.


KL
21-oct-2007

DARI MAKKAH KE VEGAS
















19 hari aku bercuti untuk menunaikan umrah, dan seterusnya menyambung cuti untuk berehat di kampung. Sekembali ke office, seharian aku menghabiskan waktu membaca email. Tiba-tiba bos memanggil aku ke dalam biliknya. Cuak juga. Rupanya dia mahu aku mengganti kan tempatnya untuk ke Teradata seminar di Las Vegas .

Terkejut aku. Haikk, takkanlah balik dari Makkah nak ke Vegas pulak. Bergegas aku menghubungi abah dan emak bertanyakan pendapat mereka. Ternyata mereka tak menghalang. Syukur alhamdulillah. Ada peluang lah aku nak melihat tempat orang.

Seminggu berikutnya, memang aku tak lekat di office. Sibuk menguruskan visa untuk ke US. Urusan bukan mudah. Untuk mendapatkan interview pun memakan masa hingga 4 hari. Tiba hari interview, kami terpaksa melalui hingga empat check point. Macam berada bukan di negara sendiri pula. Walau bagaimana pun, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Sepatutnya , dari Malaysia, 8 orang akan ikut serta. 6 dari Maybank, dan 2 lagi dari Hong Leong Bank. Oleh kerana dua lagi rakanku sudah pun mempunyai visa, mereka bertolak awal sehari bersama Hong Leong staff. Kami berempat dijadualkan bertolak pada
6 Oktober, 9.40 pagi. Malangnya, flight delay sebab ada typhoon di Taipei. Hmm.. Bermalam lah aku di Empress Hotel, Sepang. It ends up, kami bertolak ke LA pada 7 Oktober. Lewat sehari dari jadual. Dugaan Allah agaknya.

As I am the only girl in this ‘rombongan cik Kiah’, being pampered la skit kan. It takes more than 20 hours. From KL to Taipei, 4 hours. Transit there , another 4 hours , and another 16 hours to LA. Perghhh. Backache, leg-ache, headache, you name it.

Disebabkan US lewat 15 jam dari Malaysia, kami sampai di LA lebih kurang pukul 7 malam. Then, kena tunggu next flight to Vegas pukul 10.30 malam. Perjalanan dalam satu jam sahaja. Di sana , kami menetap di Excalibur Hotel. Tiba di hotel pun sudah hampir pukul 1 pagi. Memang flat giler.

Keesokan hari, pukul 9 pagi , kami dah ada di lobi untuk ke Mandalay Bay. Pendaftaran seminar. Rasa macam zombie je, coz jet lag lagi. Lepas register, bagi alasan kat Teradata guy, nak balik berehat dulu. Tapi, sebenarnya kami pergi Premier Factory Outlet kat situ. Shopping la , apa lagi. Sebab puasa dan semua macam tak larat, kami balik awal. Terus pengsan dari pukul 2 sampai pukul 6 petang.

Kat sini tengah autumn. Malam sejuk sangat , 15c. Memang tak pakai aircond langsung. Siang, panas kering. Dalam 30c. Hmm.. Yang paling siksa kat sana, hidung aku asyik berdarah je. Masalahnya, dia membeku dalam hidung. Nak korek tak boleh coz puasa. Errkk.. Rasa sakitnya. Perit.

Sepanjang di sana, hanya tiga kelas saja yang dapat kami ikuti. Selebihnya, SHOPPING!! Maklumlah, kami cuma ada 3 hari je. Takkan nak siakan peluang yang ada. Third night, ada dinner dengan Teradata Asia Pacific CEO. Lepas dinner, Renalto , mamat Philipino, ajak kitorang night walk. So, dari Mandalay Bay, kami berjalan menikmati suasana malam di Vegas. Sempat menyaksikan fountain show di Mirage Hotel. Cantik! Romantik! Dengan background music, dan alunan fountain yang mengikut muzik, memang begitu mengasyikkan.

Sebenarnya, di sini tarikannya cuma hotel-hotel yang pelbagai konsep dan tema. Dan apa lagi kalau bukan kasino serta tarian ****. Sedar tak sedar, hampir enam batu kami berjalan. Mirage, Bellagio, Caesar Palace. Antara hotel yang sempat dilawati. Tapi yang paling menarik, sememangnya lah Caesar Palace. Semua begitu detail, mengikut ala Roman. Penat berjalan, kami melepak kejap di sebuah café di situ. Itu pun Renalto yang belanja. Hehe.

Alhamdulillah , sepanjang di sana, kami masih dapat menjaga puasa dan solat kami. Badan aku pun turun 2 kg. Apatak nya, cuma makan bekal yang dibawa dari Malaysia. Tapi tetap ada rasa terkilan juga, tertuang tarawih. Ibadat malam apatah lagi.. Haiiii.. Nazlin, Nazlin…

Sebelum aku sampai ke sini, cuak juga sebenarnya. Dengan pelbagai remarks yang diterima tentang layanan dan sikap prejudis mereka terhadap Muslim. Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Aku tidak menghadapi sebarang masalah di airport. Malah , ada petugas airport yang bercakap Arab denganku. Oopps.. Tidak keterlaluan rasanya jika ku rasakan mereka lebih sopan dan helpful berbanding kita Malaysian atau pun Arab sendiri. Mungkin ini kelebihan mereka yang perlu kita pelajari.

Hari ketiga, kami bertolak balik ke KL. Oleh kerana bodyguard-bodyguard aku tak larat puasa hari tu, terpaksa lah aku berbuka sorang-sorang. Tapi, aku paksa diorang tunggu aku habis makan. Autokratik sungguh. Hehe. Flight dari Vegas ke LA pukul 8malam. Dan dari LA ke KL, pukul 1.40pagi. Waktu menunggu ini yang sebenarnya lebih memenatkan. Entah kenapa, sepanjang perjalanan ke KL, mataku tak boleh lelap. Hanya selepas Suboh baru aku dapat lenakan diri. Stewardess tu pun kesian kat aku, kejap-kejap hantar air la, juice la, kacang la.. Just to make the journey comfortable.

Bersyukur aku , kami selamat sampai di KLIA pada 12 Oktober, 12.30 tengah hari. Bergegas aku selepas mendapat bagasi untuk menukar tiket lebih awal ke JB. Tak sempat mengejar flight 2.30, terpaksalah aku menunggu hingga pukul 5.30 petang. Lagi sekali dugaan. Sebaik sahaja flight sampai di KLIA, hujan turun selebatnya. Delay lagi… Pukul 6.30 barulah kami bertolak ke JB. Alhamdulillah, aku tiba di Senai Airport pukul 7.15 malam. Seronok aku melihat wajah abah yang sudahpun menunggu.

Akhirnya.. Dapat juga aku beraya di kampung tahun ni.. Alhamdulillah…

UMRAH II







Selepas Zohor, kami memulakan perjalanan ke Makkah , menuju Baitullah. Kami berniat ihram di Bir Ali. Dalam perjalanan , kami singgah makan di sebuah perhentian. Hmmm, kami memilih untuk makan nasi dan ayam panggang berempah. Satu pinggan terpaksa dikongsi berdua, terlalu banyak untuk dihabiskan seorang. Di saat perut lapar, nasi dan ayam panas begitu menyelerakan sekali.

Kami sampai di Makkah hampir pukul 10 malam. Perasaanku bercampur baur. Gembira, sedih, takut, semuanya ada. Sesungguhnya, betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasih nya Allah kepada hamba-Nya, aku yang banyak berdosa ini masih lagi diterima untuk berkunjung ke rumah-Nya.

Kami merancang terus mengerjakan umrah pertama pada malam itu juga. Saat melihat Baitullah, tak tergambar perasaanku. ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! Hamba-Mu ini datang menyembah-Mu Ya Allah. Memohon keredhaan-Mu. Ampunkan aku. Tanpa kusedari, air mataku ini mengalir lagi.

Di Madinah , cuacanya panas kering. Yang anehnya, kuasa Allah, tak berpeluh. Tapi di Makkah, agak panas dan lembap sedikit. Dan di sini, baju memang kerap perlu disalin kerana peluh yang mengalir. Kalau difikirkan, bagus juga begitu. Kerana banyak toksin dapat dikeluarkan.

Alhamdulillah, kami sempat meraikan Ramadhan di Makkah. Berpuasa , iftar, tarawikh di Masjidil Haram, mendengar alunan syahdu doa dan ayat suci dari As-Sudais. Menghadap setiap saat ke Baitullah. Tenangnya ku rasa. Ketenangan yang tak mungkin ku dapat di mana-mana. Di sini, kebiasaannya selepas Asar ramai yang terus beriktikaf di masjid, menunggu waktu berbuka. Kami tak perlu risau tentang makanan, kerana ada sahaja yang bermurah hati bersedekah tamar dan syahi (teh arab). Air zam zam juga terdapat di merata masjid. Minumlah sebanyak mana pun. Syukur ku kepada Ilahi.

Ukhwah islamiyah begitu ketara di sini. Pelbagai bangsa datang ke mari dengan satu tujuan, mengharap keampunan Allah yang Maha Esa. Aku sempat berkenalan dengan mereka yang datang dari India, Mali, Maldives, Iran, Kuwait dan Indonesia. Seronok dapat mengenali budaya mereka. Mazhab yang berbeza juga menuntut kita untuk lebih toleran.

Rukun umrah kurang sedikit berbanding rukun haji. Untuk menunaikan umrah sunat, kami perlu berniat di Miqat Tanaim. Selalunya sebelum sahur, dalam pukul 2 pagi , kami akan menaiki bas ke sana. Seperkara lagi yang menarik, di sini malam sentiasa hidup. Tak dapat dibezakan antara pukul 8 malam dan 2 pagi. Manusia begitu ramai sekali. Selepas kembali dari miqat, biasanya kami akan bersahur dahulu di bilik. Kemudian bergegas ke Masjid untuk menunaikan solat Suboh. Selepas Suboh, barulah kami menunaikan tawaf, saei antara Safa dan Marwah, dan bergunting. Sememangnya, di bulan Ramadhan, lebih ramai yang datang berkunjung ke mari. Bersyukur ku kepada mu Ya Rabbi, Kau telah mempermudahkan urusan kami. Alhamdulillah.

Sempat juga kami dibawa berziarah di sekitar kota Makkah. Kami dibawa ke Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur, Jabal Thur dan Ja’ranah untuk kami berniat umrah. Kami juga berkunjung ke ladang unta. Dapatlah juga membeli beberapa botol susu unta untuk dibawa pulang. Comel-comel lah unta kat sini. Hehe..

Sepanjang di tanah suci ini, satu yang dapat kupelajari, masyarakat di sini begitu mementingkan solat. Setiap kali azan berkumandang, akan disambut dengan derapan kaki ke rumah Allah. Bagi yang berniaga, ada yang membentangkan sejadah di jalan menunaikan kewajibannya. Antara ramai manusia di sini, ada sekelompok manusia ini yang begitu ku kagumi. PENCUCI! Ya, pencuci di Masjidil Haram. Mereka begitu komited dan ikhlas menjalankan tugas . Aku rasakan diriku ini kecil sahaja berbanding mereka. Setiap hari, dengan mudah mereka mendapat pahala. Walau di dalam kerja. Hmmm.. Rezeki Allah buat mereka.

Kami menetap di Al-Raed1 , 5 minit berjalan kaki dari Masjidil Haram. Walau keadaan bilik amat sederhana, tapi aku bersyukur kerana jaraknya yang begitu dekat dengan masjid cukup memudahkan kami. Aku teringat satu peristiwa , waktu itu selepas Zohor, aku hendak ke pulang ke bilik sebentar . Ketika mengambil sandalku di rak kasut, aku terpandang seseorang. Lelaki itu, dengan kaki yang kudung sebelah, dengan penongkat di lengan, menadah tangan menghadap ke Bab (pintu masuk ke masjid). Raut wajahnya waktu itu, benar-benar membuat aku rasa sayu. Penuh dengan keinsafan, dia berdoa ke hadrat-Nya. Air matanya tak henti-henti mengalir. Terkesima aku. Aku yang dilahirkan sempurna ini yang selalu alpa. Ampun kan aku Ya Allah.

Setelah lapan hari di Makkah, tibalah saat berpisah. Begitu banyak peristiwa yang berlaku di sini. Begitu banyak keajaiban yang aku saksi dan rasakan. Biarlah ku simpan ia dalam hati. Tawaf Wida’ kukerjakan, dan doa kupohon agar ini bukan yang terakhir.
Hanya satu pinta ku , ya Rabbi, redhakanlah aku, di dunia dan akhirat nanti. Amiin.

UMRAH I








Sebenarnya, dah lama aku buat catatan ni.. Cuma tak sempat untuk ku habiskan. Tanggal 8 September lalu, alhamdulillah aku selamat menunaikan umrah. Bersyukur aku kepada Allah akhirnya impian ku untuk menjadi tetamu-Nya dikabulkan . Dan lebih-lebih lagi aku bersyukur kerana sepanjang pemergianku, segalanya dipermudahkan.

Menjejakkan kaki ke dua tanah haram ini seperti mimpi menjadi nyata. Aku pergi bersama K Za, rakan office. Disebabkan kami pergi sendiri, Utas terpaksa mendapatkan seorang mahram buat kami. Alhamdulillah, pakcik Akhil dan makcik Harisah sudi menjadi mahram kami. Mereka bukan sahaja menjaga kami, malah turut membimbing kami sepanjang di sana. Jasa mereka tak mungkin dapat aku lupakan.

Perjalanan dari KLIA ke Jeddah mengambil masa 8 jam. Kami tiba di lapangan terbang Jeddah lebih kurang 5.30 petang waktu Arab Saudi. Di sana, petugas Utas sudah sedia menunggu, dan kami meneruskan perjalanan dengan bas ke Madinah. Tak dapat kugambarkan perasaan ku waktu itu, berpeluang menjejakkan kaki ke bumi di mana jasad Rasulullah SAW bersemadi. 5 jam perjalanan tak terasa penatnya.

Keesokan harinya, alhamdulillah kami berkesempatan menunaikan solat Suboh berjemaah di Masjid Nabawi. Di sini, guard yang menjaga bahagian Muslimah juga perempuan. Mereka akan memeriksa barang yang dibawa sebelum dibenarkan masuk. Oh ya, jangan lupa, kamera tidak dibenarkan sama sekali. Dan jangan pula terkejut sekiranya mereka memanggil kita dengan ‘Hajah’. Mudah-mudahan.

Terkedu aku melihat betapa ramainya manusia berpusu-pusu di awal pagi untuk menyembah-Nya. Rasa kerdilnya diri ini. Rasa betapa banyaknya kekuranganku. Ternyata fajar itu begitu bermakna buat diriku.

Tiga hari di Madinah diisi dengan aktiviti ziarah. Hari pertama, oleh kerana Muslimah tidak dibenarkan melawat makam Rasulullah dan perkuburan Baqi’, kami menghabiskan masa menunggu untuk berkunjung ke Raudhah. Mereka yang dari Asia diasingkan bersama Muslimah dari Turki. Alasannya, wanita Arab lain begitu agresif. Bimbang berlaku sesuatu yang tidak baik, kami diasingkan supaya dapat turut beribadah di taman syurga ini. Seboleh-bolehnya, aku cuba berfikiran positif dengan sikap agresif mereka ini, mungkin keadaan persekitaran mereka yang menyebabkan mereka berkelakuan sedemikian. Dan mungkin kerana itu juga Islam diturunkan di tanah Arab.

Alhamdulillah setelah dua jam menunggu, doaku untuk bersolat di Raudhah di kabulkan.

Hari kedua kami di bawa melawat tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Masjid Tujuh dan pasar kurma. Banyak juga kurma dan coklat yang kuborong. Maklumlah, ramai rakan-rakan dan kaum kerabat di kampung.
Hari ketiga, setelah menunaikan ziarah wida’ , kami dibawa ke kilang al-Quran. Di sini, hanya Muslimat saja dibenarkan masuk ke dalam kilang. Muslimah menggunakan masa dengan ‘shopping’ , pelbagai bentuk al-Quran dan MP3 ada di kedai al-Quran ini. Begitu berkembangnya Islam, terjemahan kitab suci ini boleh didapati dalam lebih 50 bahasa. Menurut Ustaz, al-Quran di sini dihasilkan dengan begitu teliti sekali. Ia akan diperiksa dahulu oleh pakar supaya tiada kesalahan tajwid atau mutu tulisan yang tidak menepati standard. Mana-mana bahagian yang kurang bermutu akan dibakar untuk memulihara kesuciannya.

Tuesday, October 23, 2007

BILA TERASA RINDU

BILA TERASA RINDU

Apa agaknya khabarmu di sana
Di siniku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa siksa perpisahan
Sungguhnya anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada apa yang terdaya

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dalam angan dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku siksa di sini
Tak sabar menanti detik kepulangan
Namun hingga itu apa yang termampu

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan
Saja semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Tuesday, October 02, 2007

Rindunya aku pada Baitullah





RINDUNYA AKU PADA BAITULLAH


Rindu ini bukan sebarang rindu

Rindu hamba pada penciptanya

Rindu insan pada ketenangan

Rindu makhluk pada diri


Tuhan

Ku bawa rindu ini ke sini

Bersama takbir, tahmid dan taubatku

Tiap nafasku di tanah sucimu

Masih terkejap rapi di nurani

Tak tertanggung rindu ini

Biarlah air mata ku menjadi saksi


Ya Rabbi

Janganlah kau tarik nikmat iman ini

Dan sudikanlah Kau menerima ku lagi